JAWATANKUASA LANDSKAP UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Jawatankuasa Pengurusan UPM telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Landskap Universiti yang bertanggungjawab dalam :

 

  1. Memastikan pembangunan kampus dilaksanakan secara lestari dengan teknologi hijau.
  2. Semua aktiviti pembangunan universiti dapat diselaraskan dengan efektif.
  3. Menjamin kualiti hidup yang harmoni dan sejahtera kepada warga kampus dengan pemeliharaan flora dan fauna secara lebih sistematik dan fokus.

 

Terma Rujukan :

  1. Menetapkan tema, arah tuju dan strategi perlandskapan kampus.
  2. Menyelaras dan mengemukakan kertas cadangan perlandskapan kampus kepada pengurusan universiti.
  3. Merancang, mengenalpasti dan mencadangkan perlandskapan keseluruhan kampus.
  4. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/kerja perlandskapan di UPM agar selaras dengan plan startegik UPM.
  5. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan perlandskapan di pusat tanggungjawab.
  6. Merancang dan menentukan langkah keselamatan terhadap pengunjung dan warga UPM semasa berada di kawasan berlandskap kampus.
  7. Mengikuti dan memantau perkembangan aktiviti perlandskapan di kampus, memahami keperluan, masalah, isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan aktiviti/kerja perlandskapan kampus.
  8. Mengemukakan laporan kemajuan projek, aktiviti yang telah diluluskan oleh pengurusan Universiti mengikut tempoh yang ditetapkan.

 

Keahlian Jawatankuasa

Pengerusi        -           Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Timbalan         -           Dekan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Pengerusi

Setiausaha      -           Pengarah, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA)

Ahli                  -           Bendahari, UPM

-           Dekan, Fakulti Pertanian

-           Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar

-           Dekan, Fakulti Perhutanan

-           Dekan, Fakulti Kejuruteraan

-           Pengarah, Taman Pertanian Universiti

-           Timbalan Pengarah, Bahagian Edu-Park, Putra Science Park

-           Ketua Jabatan Senibina Landskap

-           Prof. Madya Dr. Yahya Awang – Fakulti Pertanian (Aboris)

-           Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin – Fakulti Perhutanan (Aboris)

 

Kuatkuasa Pelantikan

1 April 2016 – 31 Mac 2019 (3 tahun)