MASTER SAINS (SECARA PENYELIDIKAN)

          

 

 

PENDAHULUAN

 

Fakulti Rekabentuk dan Senibina mengendalikan program Master Sains (secara penyelidikan) dalam beberapa bidang pengajian secara sepenuh masa dan juga separuh masa. Program ini mengambil masa di antara 1 hingga 3 tahun untuk bergraduat.

Pelajar Program Master Sains (secara penyelidikan) akan dikendalikan oleh jawatankuasa penyeliaan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Fakulti Rekabentuk dan Senibina mempunyai ramai tenaga akademik yang mempunyai kelayakan PhD serta pengalaman dalam menyelia calon-calon Master. Fakulti ini juga mempunyai perpustakaan tersendiri yang dikongsi bersama dengan Fakulti Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina). Universiti Putra Malaysia juga ada menawarkan bantuan kewangan terhad di bawah seliaan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.

Graduan Master Sains (secara penyelidikan) mempunyai peluang kerjaya dalam institusi pendidikan seperti politeknik, kolej kerajaan dan swasta serta di institusi penyelidikan. Sebahagian besar graduan meneruskan pengajian mereka ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Master Sains (Pengajian Landskap)
  • Master Sains (Pengajian Senibina)
  • Master Sains (Perancangan dan Reka Bentuk Bandar)
  • Master Sains (Pengajian Reka Bentuk Perindustrian)
  • Master Sains (Pengajian Reka Bentuk Berintegrasi)

 

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Calon mestilah lulus ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK seperti di bawah untuk memohon ke Program Master Sains (secara penyelidikan).

  • PNGK 2.750
  • PNGK 2.500 – PNGK 2.749 + 3 tahun pengalaman kerja
  • PNGK bawah 2.500 + 5 tahun pengalaman kerja

 

Semua calon antarabangsa yang lulus ijazah sarjana muda di mana Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pengantar, perlu memenuhi syarat keperluan bahasa ingeris yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Keterangan lanjut mengenai keperluan bahasa inggeris boleh dirujuk di laman sesawang berikut:

http://sgs.upm.edu.my/content/english_language_requirement-40581?L=en

 

 

STRUKTUR PROGRAM

 

KERJA KURSUS

Pelajar perlu mendaftar 6 kredit kerja kursus seperti berikut:

  • 1 kursus wajib (kaedah penyelidikan)- 3 kredit
  • 1 kursus elektif- 3 kredit

(Pelajar antarabangsa perlu mendaftar kursus Bahasa Melayu dan memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di semester pertama pengajian.)

SEMINAR PROPOSAL PENYELIDIKAN

Pelajar perlu lulus SPS5903 (Seminar Proposal Penyelidikan)  pada awal pengajiannya. Melalui kursus ini, pelajar perlu membentangkan cadangan penyelidikannya yang akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik.

Pelajar hanya dibenarkan untuk meneruskan penyelidikannya ke tahap seterusnya setelah lulus SPS5903 (Seminar Proposal Penyelidikan).

TESIS

Pelajar meneruskan proses pengumpulan dan analisis data serta kemudiannya penulisan tesis.

PEPERIKSAAN VIVA

Setelah menyerahkan tesis, pelajar dikehendaki menghadiri peperiksaan viva-voce untuk mempertahankan tesisnya secara lisan.

 

 

YURAN

 

Yuran pengajian bagi Program Master Sains (secara penyelidikan) boleh dirujuk di laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia berikut:

http://sgs.upm.edu.my/content/tuition_fees-40583