Apa KeSS Family Day FRSB 2023 | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Apa KeSS Family Day FRSB 2023

Apa KeSS Family Day FRSB 2023

Apa KeSS Family Day FRSB 2023

Nurul Jannah Mat Saleh

Pihak KeSS FRSB telah menganjurkan program Apa KeSS Family Day FRSB 2023 pada 16 Disember 2023 bertempat di Bukit Expo UPM.  Program ini telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang.  Aktiviti dan pengisian bagi Program Apa Kess Family Day FRSB 2023 ini telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak K3 dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia. 

Program ini telah dihadiri oleh staf-staf FRSB dan juga ahli keluarga staf.  Sebanyak lapan modul/aktiviti telah diadakan bagi memenuhi modul/aktiviti staf dan juga kanak-kanak.  Pada program ini juga telah diumumkan pemenang keseluruhan bagi rumah sukan FRSB hasil markah yang telah dikumpul dalam masa setahun aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak KeSS.  Tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan Kasturi (Hijau), diikuti oleh Kumpulan Lekir (Biru) Kumpulan Lekiu (Kuning) ditempat ketiga dan Kumpulan Jebat (Merah) ditempat keempat.

Tahniah diucapkan kepada semua warga FRSB di atas penglibatan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang Program Apa KeSS Family Day FRSB 2023 ini.

 

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | marini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbRAo~