| FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Lawatan Tapak Pelajar BLA Ke Kolej Yayasan Saad, Melaka

Seramai 33 orang pelajar Bacelor Senibina Landskap (BLA) bersama-sama 3 orang staf telah mengadakan lawatan tapak ke Kolej Yayasan Saad, Melaka pada 22 September 2016. Pelajar telah diberi taklimat oleh Pengetua, Mr. Tan Cheh Li. Pelajar kemudian membuat lawatan ke Klebang dan kawasan sekitar.

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada persekitaran luar yang kompleks dan amalan sebenar di industri supaya dapat membuka minda para pelajar ke arah pelajar yang berwawasan.
   







 

 

 Pelajar BLA ke Kolej Yayasan Saad, Melaka

 

 

SXETIAM~