Kemudahan

 

KEMUDAHAN
 

1. STUDIO PENGAJARAN 

        BACHELOR SAINS SENI BINA :
     i. STUDIO SENIBINA 1, STUDIO SENIBINA2, STUDIO SENIBINA 3,
     
         MASTER SENIBINA :
     ii. MASTER SENIBINA 1 dan STUDIO MASTER SENIBINA 2

Menyediakan ruang pembelajaran Studio yang kondusif untuk pelajar Seni Bina.

Studio adalah sebahagian daripada kemudahan penting dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk. Pelajar menghabiskan masa yang lama dalam studio mereka. Oleh yang demikian studio pengajaran yang selamat dan selesa sangat perlu untuk pelajar menjalankan kerja kreatif mereka. Pelajar ditugaskan ke studio mengikut program dan tahun pengajian masing-masing. Semua studio berhawa dingin dan dilengkapi dengan meja lukis dan kerusi, loker, pantri, ruang bekerja, nod komputer, dan tempat untuk perbincangan serta berehat.


 

2. GALERI SENI BINA 

 

    - Menyediakan ruang pameran hasil kerja pelajar Seni Bina untuk aktiviti ‘Portfolio Review’ dan Lawatan Akreditasi Lembaga  Arkitek Malaysia.

    - Untuk kemudahan penilaian hasil kerja pelajar ‘acessment’

 
 

3. MAKMAL PENYELIDIKAN

    i. MAKMAL FIZIK PERSEKITARAN

       Menyediakan ruang pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan simulasi komputer dan simulasi pencahayaan untuk Pembangunan Seni Bina Tropika Mapan.