Jabatan Senibina Landskap
Senibina Landskap adalah bidang yang menggabungkan seni dan sains dalam mewujudkan persekitaran luar yang seimbang di antara keperluan manusia dan alam semulajadi. Ia melibatkan manipulasi elemen dan sumber landskap secara bijaksana bagi menghasilkan landskap yang berfungsi, menarik dan selesa digunakan. Arkitek landskap adalah seorang profesional yang bertanggungjawab di dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus landskap ke arah pembangunan yang mampan.
Jabatan Senibina Landskap telah mula beroperasi seawal penubuhan fakulti iaitu pada Jun 1996. Program pengajian di bawah pengendalian jabatan ini ialah:-
- Bacelor Senibina Landskap
- Master Senibina Landskap
- Master Pengurusan Landskap Lestari
- Master Reka Bentuk Bandar Tropika
- Master Sains (Landskap)
- Doktor Falsafah (PhD)