Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Rekabentuk dan Senibina (KeSS)


 

LATAR BELAKANG 
Kelab Sukan dan Sosial, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (KeSS) telah ditubuhkan pada tahun 2003 yang menjadi tunjang dan pemangkin kepada kegiatan sukan dan kebajikan dikalangan staf FRSB. Ahli kelab KeSS adalah terdiri daripada semua staf Pengurusan dan Profesional (P&P) (Akademik dan Bukan Akademik) serta staf Pelaksana Fakulti Rekabentuk dan Senibina seramai 122 orang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak kelab termasuklah aktiviti yang berbentuk sukan, sosial dan kebajikan. Antaranya adalah sesi memetik buah, gotong royong, berbasikal, sambutan hari lahir, kutipan dan serahan sumbangan kematian ahli keluarga, majlis persaraan, solat berjemaah, perkongsian ilmu, ceramah, majlis iftar dan solat terawih, sesi ziarah staf, pertandingan memasak, pemberian cenderahati anak-anak staf (mula persekolahan dan peperiksaan), program cuti sekolah, Hari Keluarga, tadarus Al-Quran, sambutan hari raya dan pelbagai lagi aktiviti menarik.


YURAN

Staf P&P (Akademik dan Bukan Akademik) :         RM 5.00/ per bulan

Staf Pelaksana                                               :          RM 3.00/ per bulan

 

LAMAN SESAWANG

https://www.facebook.com/kessfrsb/

 

AHLI JAWATANKUASA INDUK KeSS SESI 2017-2019

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKTIVITI SESI 2017 – 2019