MAKLUMAT AM

Latihan Industri merupakan kursus wajib ke atas setiap pelajar sebagai sebahagian daripada syarat yang perlu dipenuhi dalam program bacelor di Fakulti Rekabentuk dan Senibina dalam melengkapi proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan satu komponen yang penting kerana ianya memberikan latihan praktikal profesional kepada pelajar di agensi-agensi kerajaan, badan berkanun atau swasta yang berkaitan.

Para pelajar akan diselia oleh pegawai di agensi berkenaan di bawah pemantauan penyelaras kursus. Pelajar juga boleh memilih tempat latihan industri di dalan negara mahupun diluar negara mengikut senarai yang diberikan atau yang ditetapkan oleh penyelaras kursus jabatan. Pensyarah pemantau yang dilantik akan menjalankan pemantauan mengikut masa yang telah ditetapkan bagi tujuan pemeriksaan laporan pelajar yang menjalani Latihan Industri.

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri, pelajar akan didedahkan dengan keadaan sebenar di dalam industri pekerjaan di mana pengalaman yang diperolehi akan membolehkan pelajar memperolehi pemahaman lebih mendalam berkenaan teori yang dipelajari di dalam bilik darjah selama ini.  




Bil.

Program

Semester Latihan Industri

Tempoh

Penyelaras

1.

Bacelor Senibina Landskap

Semester Ketujuh

24 minggu

Dr. Mohd. Yazid Mohd. Yunus

2.

Bacelor Sains Senibina 

Semester Kelima

24 minggu 

Ar. Nik Fazlysham Nik Mat 

3.

Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) 

Semester Keenam

12 minggu

Puan Siti Mastura Bt. Md. Ishak