PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK, ANTARABANGSA & HEPA)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman sesawang Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA), Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Semoga kunjungan anda ke laman sesawang ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kefahaman anda tentang pejabat ini serta membantu anda mendapatkan informasi berkaitan hal ehwal akademik di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.

Pejabat Timbalan Dekan ini merupakan sebuah entiti yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara berkaitan:

1) Hal ehwal akademik, pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum program-program prasiswazah;
2) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni;
3) Latihan Industri pelajar prasiswazah; dan
4) Mobiliti pelajar (inbound dan outbound).

Selaras dengan visi dan misi Universiti Putra Malaysia untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, Fakulti Rekabentuk dan Senibina sentiasa berazam untuk menghasilkan graduan kreatif dan inovatif yang mampu menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan reka bentuk dalam usaha mengurangkan masalah berkaitan kelestarian dan pada masa yang sama menegakkan kemanusiaan dan menjana kekayaan. Program pengajian yang ditawarkan termasuklah Bacelor Seni Bina Landskap, Bacelor Sains Seni Bina dan Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Semoga laman sesawang Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA) ini memberi panduan berguna dan menyediakan informasi terkini berkaitan hal ehwal akademik dalam memenuhi kehendak para pelajar fakulti. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA).

CEMERLANG BUDAYA KITA
Pertanian.Inovasi.Kehidupan

PROF. MADYA Gs. DR. MOHD JOHARI MOHD YUSOF
Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA)

 

TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK, ANTARABANGSA & HEPA)                                                               
PROF. MADYA Gs. DR. MOHD JOHARI MOHD YUSOF
TEL :   03 9769 4091
FAKS : 03 8948 0017
EMEL : tdaafrsb@upm.edu.my / m_johari@upm.edu.my
   

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
(AKADEMIK, ANTARABANGSA & HEPA)
 
ZENAIDA MD ZENON
TEL : 03 9769 4049
FAKS : 03 8948 0017
EMEL : zenaida@upm.edu.my

PEMBANTU TADBIR (P/O) 
(PRA SISWAZAH)

HASMAH MAT ISA
TEL :   03 9769 4016 
FAKS : 03 8948 0017
EMEL : ugfrsb@upm.edu.my / hasmahmi@upm.edu.my
PEMBANTU TADBIR (P/O) 
(PRA SISWAZAH)

NOR AZLINDA OTHMAN
TEL : +603-9769 4093 
FAKS : 03 8948 0017
EMEL : azlindaon@upm.edu.my
PEMBANTU TADBIR (P/O) 
(PRA SISWAZAH)

MOHD KAMAL KHAIRI
TEL : +603 9769 4101 
FAKS : +603 8948 0017
EMEL :kamal@upm.edu.my