Pengenalan

JABATAN SENIBINA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

 
“Membina komuniti pelajar yang Kreatif dalam Seni Bina Mapan Tropika

Ditubuhkan dalam tahun 2000, Jabatan Senibina di Universiti Putra Malaysia dimulakan dengan Program Bacelor Rekabentuk (Senibina). Program ini telah dikaji semula beberapa kali untuk memastikan kurikulum yang ditawarkan adalah terkini dan memenuhi keperluan pasaran semasa. Dengan penekanan kepada senibina ‘hijau’ terutama sekali kepada negara tropika, Jabatan Senibinan mempunyai kumpulan penyelidik yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang sama ada teknikal mahupun dari segi falsafah dan teori bagi menyokong proses pembelajaran dalam program ini. Buat masa ini, Jabatan Senibina menawarkan Program Bacelor Sains Seni Bina (3 ½ tahun) dan Master Seni Bina (2 tahun) yang telah mendapat pengakreditasian dari Lembaga Arkitek Malaysia. Selain itu, Jabatan juga menawarkan Program Secara Penyelidikan iaitu Master Sains (seni bina) dan juga Doktor Falsafah (Seni bina).