PENGAJIAN SISWAZAH

  

  

 

   

MLA 

Master Senibina Landskap

(Secara Kerja Kursus)

 

MArch 

Master Senibina

(Secara Kerja Kursus)

 

MTUD

Master Rekabentuk Bandar Tropika

(Secara Kerja Kursus)

 

Program Master Seni Bina Landskap di UPM telah lama diwujudkan iaitu sejak tahun 1996 lagi serta ia merupakan satu-satunya program peringkat master yang diakreditasi oleh Institute Arkitek Landskap, Malaysia (ILAM). Program MLA di UPM mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah serta berpengalaman daripada kalangan pensyarah di Jabatan Seni Bina landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM serta disokong pula oleh ahli professional bersekutu daripada firma-firma terkenal dari dalam dan luar Lembah Kelang.

 

Master Seni Bina ialah program pascasiswazah 65 jam kredit secara kerja kursus. Ianya merupakan program ijazah professional setaraf dengan kelayakan professional Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian II. Program ini merupakan kesinambungan dari kelayakan  LAM Bahagian I yang dilaksanakan dalam program Bacelor Sains Seni Bina di UPM. Objektif utama program ini ialah untuk melahirkan graduan seni bina yang holistik, kompeten dan berkemahiran tinggi dalam bidang seni bina yang akan menjurus mereka ke peluang kerjaya dalam bidang rekabentuk, pengurusan projek, penyelidikan, academia dan industri pembinaan yang berkaitan. 

 

 

Program Master Reka Bentuk Bandar Tropika (MTUD) merupakan program yang dibentuk untuk memperkenalkan pendekatan bersepadu kepada pembangunan bandar tropika yang memfokus kepada kualiti ruang bandar dan kesejahteraan penghuni bandar. Program ini dibentuk dengan pembelajaran berbentuk kolaborasi projek dengan organisasi luar dan komuniti dengan penglibatan universiti dan pelajar dari negara ASEAN. Penekanan diberikan kepada aspek revitalisasi ruang bandar, reka bentuk bandar tropika dan sosio-ekonomi bandar. Program ini terdiri daripada gabungan studio, syarahan, tutorial serta lawatan akademik ke dalam dan luar negara.

         

 

         
         
         
         
   

MSLM

Master Pengurusan Landskap Lestari

(Secara Kerja Kursus)

 

 

MSc

Master Sains

(Secara Penyelidikan)

  

 

PhD

Doktor Falsafah

(Secara Penyelidikan) 

Program Matser Pengurusan Landskap Lestari memberi penekanan terhadap aspek pengurusan persekitaran yang efisien, inovatif, kreatif dan mesra alam ke arah pembangunan lestari. Program Master Pengurusan Landskap Lestari dibentuk untuk memberi penekanan terhadap pengetahuan lanjutan dalam amalan pengurusan landskap lestari, kemahiran mengaplikasi teknologi pengurusan landskap serta aspek etika dan profesionalisma dalam mengendalikan projek pengurusan landskap  

Pelajar Program Master Sains (secara penyelidikan) akan dikendalikan oleh jawatankuasa penyeliaan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Fakulti Rekabentuk dan Senibina mempunyai ramai tenaga akademik yang mempunyai kelayakan PhD serta pengalaman dalam menyelia calon-calon Master. Fakulti ini juga mempunyai perpustakaan tersendiri yang dikongsi bersama dengan Fakulti Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina). 

 

 

Pelajar Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) akan dikendalikan oleh suatu jawatankuasa penyeliaan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kajian yang dipilih oleh pelajar. Fakulti Rekabentuk dan Senibina mempunyai ramai tenaga akademik yang mempunyai kelayakan PhD serta pengalaman dalam menyelia pelajar PhD. Fakulti ini juga mempunyai perpustakaan tersendiri yang dikongsi bersama dengan Fakulti Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina). Universiti Putra Malaysia juga ada menawarkan bantuan kewangan terhad di bawah seliaan Sekolah Pengajian Siswazah UPM.