MASTER REKA BENTUK BANDAR TROPIKA

   

                                                                                                                                        

 

 

                       Collaborator

 

 

PENDAHULUAN

            

 

 

 

 

  

Program Master Reka Bentuk Bandar Tropika (MTUD) merupakan program yang dibentuk untuk memperkenalkan pendekatan bersepadu kepada pembangunan bandar tropika yang memfokus kepada kualiti ruang bandar dan kesejahteraan penghuni bandar. Program ini dibentuk dengan pembelajaran berbentuk kolaborasi projek dengan organisasi luar dan komuniti dengan penglibatan universiti dan pelajar dari negara ASEAN. Penekanan diberikan kepada aspek revitalisasi ruang bandar, reka bentuk bandar tropika dan sosio-ekonomi bandar. Program ini terdiri daripada gabungan studio, syarahan, tutorial serta lawatan akademik ke dalam dan luar negara.

Jumlah minimum kredit untuk bergraduat bagi program ini adalah sebanyak 42 kredit dan tempoh minimum pengajiannya adalah tiga (3) semester. Pelajar yang bukan daripada bidang reka bentuk perlu mengambil tambahan 6 kredit kursus asas semasa Semester 1.

  

 

PENGIKTIRAFAN PROGRAM

 

Program ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  SYARAT KEMASUKAN
 

 

Latar belakang perancangan bandar seni bina , seni bina landskap & bidang lain yang berkaitan

  • PNGK 2.750
  • PNGK 2.500 - PNGK 2.749 + 3 Tahun Pengalaman Kerja
  • PNGK bawah 2.500 + 5 Tahun Pengalaman Kerja

 

  STRUKTUR PROGRAM
 

 

Struktur kurikulum program dirangka berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia serta lain-lain badan berkuasa yang mengawasi dan memantau keberkesanan kurikulum yang dicadangkan. Aspek penekanan pembelajaran program termasuk pengetahuan lanjutan bidang Reka Bentuk Bandar, kemahiran mengendalikan projek perbandaran bersifat multi-disiplin, etika dan profesionalisma. Pelajar program ini perlu menyempurnakan sekurang-kurangnya empat puluh dua (42) kredit sebagai syarat untuk bergraduat.

 

   Skema Pengajian bagi Program Master Reka Bentuk Bandar Tropika adalah seperti berikut:

  

    SEMESTER 1

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

URB5000

Studio Reka Bentuk Bandar Tropika

5(0+5)

URB5100

Teori dan Amalan Reka Bentuk Bandar

3(3+0)

URB5501

Perubahan Iklim Persekitaran Bandar Tropika

3(3+0)

 

Elektif

3(3+0)

                                      JUMLAH JAM KREDIT

14

    SEMESTER 2

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

URB5001

Studio Revitalisasi Bandar Tropika

5(0+5)

URB5900

Kaedah Penyelidikan Reka Bentuk Bandar

3(3+0)

 

Elektif

3(0+3)

 

Elektif

3(3+0)

                                      JUMLAH JAM KREDIT

14

    SEMESTER 3

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

URB5002

Studio Reka Bentuk Bandar Kolaboratif

5(0+5)

URB5998

Disertasi Master*

6(0+6)

URB5999

Projek Master*

6(0+6)

 

Elektif

3(3+0)

                                    

JUMLAH JAM KREDIT

14

                                    

  JUMLAH JAM KREDIT UNTUK BERGRADUAT

42

 

 

  

 

  YURAN

 

 Pengiraan jumlah yuran jika pelajar menamatkan pengajian di dalam 3 Semester.

PELAJAR TEMPATAN

 

   â€‹

BIL.

PERKARA

JUMLAH

   

1

Yuran Pengajian (Semester Pertama)

RM1,350.00

2

Yuran Pengajian (Semester 2 & seterusnya)

RM1,100.00 x 2

3

Yuran Kredit (42 Kredit)

RM250.00 x 42

               Jumlah Keseluruhan

RM14,050.00

 

 

 

PELAJAR ANTARABANGSA

 

BIL.

PERKARA

JUMLAH

   

1   

Yuran Pengajian (Semester Pertama)

RM2,400.00

2

Yuran Pengajian (Semester 2 & seterusnya)

RM2,150.00 x 2

3

Yuran Kredit (42 Kredit)

RM350.00 x 42

           Jumlah Keseluruhan 

RM21,400.00

 

  PERTANYAAN LANJUT

 

  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  Penyelaras Program: Prof. Madya Ts. Dr. Norsidah Ujang

  Email: norsidah@upm.edu.my